Rabu, 03 Mei 2017

15 Tanda Awal Kanser Rahim (Serviks) Wanita Lengkap

Tanda Kanser rahim atau serviks sangat sukar untuk di ketahui apabila masih awal, tetapi akan sangat kelihatan apabila sudah masuk dalam tahap berikutnya. percaya tak, tubuh wanita selalu bertukar, walaupun terkadang pertukaran yang terlihat normal boleh menjadi tanda dari kanser.

siapapun pasti tidak mahu terkena penyakit kanser, kerana penyakit ini sangat merbahaya dan sebagai salah satu antara penyakit yang membuat orang meninggal dunia. oleh kerana itu, sangat digalakan selalu memberi perhatian setiap pertukaran pada tubuh anda.
Tanda Awal Kanser Rahim

Tanda Kanser Rahim


apabila anda boleh mengenali simpton kanser serviks atau rahim dengan cepat maka anda akan mahu tidak mahu untuk segera melawat ke doktor. dengan penanganan yang tepat dan cepat akan sangat menentukan kejayaan rawatan.

lokasi kanser ini terdapat pada rangkaian leher rahim (organ yang menghubungkan rahim dengan faraj), hal ini lah yang membuat kanser serviks menjadi pembunuh yang menakutkan. pada peringkat awal sukar di pengesanan, namun jika baru diketahui pada stadium lanjut akan sukar di ubati.
Tanda Kanser Serviks

Jangkitan human papillomavirus (HPV) adalah faktor risiko utama punca kanser serviks. tanda kanser rahim terdiri daripada 3 bahagian, iaitu peringkat awal, peringkat sederhana, dan peringkat lanjut. berikut kami kongsikan tanda-tanda kanser rahim yang wajib untuk anda baca.

Peringkat Awal

pada tahap awal sangat sukar untuk di rasakan dan sangat sukar untuk mencari adanya tanda di jangkiti kanser pada tahap awal ini. tetapi, supaya tidak terjadi hal yang tidak di inginkan anda boleh melakukan pemeriksaan sel HPV Pada leher rahim sama ada normal atau tidak.

apabila pada peringkat ini tanda kanser rahim sudah diketahui peluang anda untuk sembuh akan lebih besar. Jadi jika anda telah merasakan bahawa mempunyai faktor tinggi terkena kanser serviks, sebaiknya anda membuat pemeriksaan dengan test pap smear atau dengan melakukan screaning lain untuk mengetahui perkembangan sel seputar leher rahim.

Peringkat Sederhana

pada peringkat ini tanda kanser serviks sudah mula nampak dan ada 6 indikasi, apabila anda mersakan tanda ini segera melawat ke doktor. (Cancer net, Cervical Cancer: Symptoms and Signs, diakses 5 April 2017)
Tanda Awal Kanser Rahim

1. Berasa sakit ketika melakukan hubungan s*ks
apabila anda merasakan sakit yang sangat berlebihan ketika melakukan hubungan suami isteri anda perlu berhati-hati kerana boleh menjadi tanda berlakunya kanser serviks. pastikan anda berunding ke doktor supaya anda mendapati pemeriksaan masalah tersebut.

2. Pendarahan yang tidak normal berlaku keluar dari faraj
Pendarahan boleh berlaku antara tempoh haid atau selepas berhubungan badan atau pada bila-bila pun selama tidak berkaitan dengan masa atau kitaran mens anda. Pendarahan faraj yang tidak biasa atau tidak normal (bukan haid) adalah tanda kanser rahim yang paling sering ditemukan.

terkadang pendarahan pada faraj ini menunjukkan terdapat keputihan yang sedikit bercampur dengan darah, selain itu pendarahan semasa haid juga akan berlangsung sedikit lebih lama berbanding biasanya.

Tanda-Tanda Pendarahan kerana Kanser serviks

  • Datang tidak pada tempoh haid
  • Terjadi pada saat berhubungan badan
  • Terjadi setelah masa menopause
  • Terdapat campuran keputihan di darah
  • Masa haid yang jauh lebih lama dari pada biasanya.
3. Merasa Sakit Ketika Membuang Air Kecil
apabila anda merasakan rasa pedih, sensasi ketat atau seperti terbakar semasa membuang air kecil anda harus berwaspada kerana boleh menjadi tanda kanser rahim. gejala ini berlaku kerana kanser telah merebak ke tisu yang berdekatan. tetapi tanda ini boleh terjadi kerana penyakit lain seperti penyakit kelamin, masalah pundi kencing, dan jangkitan yis.

4. Kesakitan di Sekitar Pelvis
merasakan kesakitan di sekitar pinggul adalah tanda kanser ini seterusnya. tanda ini hampir dirasakan oleh sebahagian besar orang. tetapi, sangat sedikit orang yang menyadari bahawa kesakitan disekitar pinggul sebagai tanda kanser.

5. Pendarahan Selepas Menopause
pendarahan selepas menopaus pasti harus diperiksa oleh doktor khusus wanita mengandung untuk mengetahui punca secara pasti. apabila anda tidak melakukan pemeriksaan di khuatirkan boleh menjadi serius di masa hadapan. kerana pendarahan selepas menopuase adalah salah satu antara tanda kanser yang kerap di didapti.

6. Tempoh Haid yang Terlalu Lama dan Darah Banyak Keluar
apabila anda merasakan hal ini yang tidak seperti biasanya maka boleh menjadi petanda dari kanser, sangat tidak normal apabila anda perlu menukar pad pada setiap 2 jam kerana darah yang keluar terlalu banyak.
Tanda Awal Kanser Rahim

tetapi darah yang keluar terlalu banyak boleh menjadi tanda dari penyakit lain seperti polip, fibroid, ketidak seimbangan hormon, dan endrometriosis. cara terbaik adalah melakukan pemeriksaan ke doktor supaya anda mendapati penanagan yang betul.

Peringkat Lanjut

pada peringkat sederhana tanda hanya dijumpai pada kelainan organ yang tidak seperti biasanya, tetapi pada peringkat lanjut tanda sudah muncul pada fizikal yang sangat berbeza dengan biasanya, simak dibawah..
  • Kehilangan berat badan secara tiba-tiba
  • selalu keletihan
  • kehilangan nafsu makan
  • sakit pada tulang
  • kaki membesar
  • sakit pada kaki
  • keluarnya air kencing dari faraj secara tiba-tiba
  • sakit punggung
sangat disarankan bagi anda wanita untuk mendapatkan suntikan HPV supaya mengurangkan risiko daripada penyakit ini. apabila anda mempunyai 4 - 5 tanda diatas, tidak perlu tunggu masa cepat melawat ke doktor untuk membuat pemeriksaan. saya harap maklumat kanser rahim atau serviks ini boleh memberikan manfaat untuk anda.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : 15 Tanda Awal Kanser Rahim (Serviks) Wanita Lengkap